Header Ads

Siapa Tumpang Tidur Di Kamar Istana Lama Seri Menanti?

Siapa Tumpang Tidur Di Kamar Istana Lama Seri Menanti?

ROHAIZAD menunjukkan kamar yang sering berlaku kejadian aneh pada malamnya.

DALAM kalangan kakitangan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, peristiwa aneh kerap berlaku di sebuah bilik yang dahulunya menjadi kamar beradu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Keanehan itu sering menjadi topik perbualan mereka.
Kesan seperti kamar yang terletak di aras tiga istana tersebut seperti digunakan 'seseorang' masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini.
Menurut kakitangan istana tersebut, Rohaizad Zakaria, 47, biarpun tidak pernah melihat tetapi cerita tentang 'tetamu' yang kerap bermalam di kamar tersebut sering menjadi buah mulut para petugas muzium terbabit.
Katanya, bukti bilik tersebut seakan-akan menerima kunjungan 'seseorang' dapat dilihat jelas apabila keadaan katil (cadar) yang terdapat dalam kamar tersebut seolah-olah telah digunakan.
"Menjadi tanggungjawab untuk kakitangan bertugas mengemas dan memastikan semua barangan yang dipamerkan berada di kedudukan asal selepas masa melawat tamat.
"Biasanya kakitangan tersebut akan mengemas setiap katil (cadar) yang terdapat di dalam istana.
"Bagaimanapun, keesokan harinya keadaan cadar yang telah dikemas kelihatan seperti baharu sahaja ditiduri seseorang.
"Jika ikutkan akal yang logik, mungkin ada di antara kami menumpang tidur pada malamnya, tetapi sehingga hari ini tiada pula yang mengaku," katanya.
Jika selama ini, Rohaizad hanya mendengar pelbagai cerita misteri daripada kakitangan lain, namun pada Disember lalu, dia mengalami sendiri peristiwa aneh di istana itu.
"Kira-kira pukul 9 malam, saya dihubungi pengawal keselamatan yang bertugas syif malam kerana kononnya saya tidak menutup lampu dan tingkap.
"Apabila mendapat panggilan tersebut, saya bergegas kembali ke istana untuk melihat sendiri kerana yakin sebelum pulang kira-kira pukul 7 malam, saya telah menutup semua lampu dan tingkap," katanya.
Tambah Rohaizad, bukan dia sahaja berasa aneh malah pengawal keselamatan yang bertugas syif siang yang menjadi saksi pada hari tersebut juga hairan bagaimana perkara tersebut boleh terjadi.

1 comment:

  1. 82927292928828290291828737374637710862929820272927282738337322223230228363839392538333369336396202⁹839373∅62729272738383⅞⅕⅖²¾⅘⅝⁶⅞⁸⁹∅ⁿ@№₱¢_&_<±>/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.