Penduduk Kampung Rimas, Orang Ramai Datang Sampai Ke Pagi
Penduduk Kampung Rimas, Orang Ramai Datang Sampai Ke Pagi:
Penduduk Kampung Rimas, Orang Ramai Datang Sampai Ke Pagi : “Saya mohon kepada orang ramai yang bukan tinggal di kampung ini, berhentilah daripada berkunjung ke kampung kami kerana penduduk mula rimas, sampai nak tidur pun tidak boleh,” kata Othman Wee Talib, 66, penduduk Kampung Lapan yang diganggu makhluk halus, pocong, puntianak dan toyol.
Othman berkata, selepas berita mengenai gangguan makhluk halus itu tersiar di akhbar ini, pelbagai pihak datang ke kampung berkenaan termasuk ahli perubatan hinggalah penduduk kampung lain.
“Kelmarin (Jumaat) selepas orang ramai berkumpul untuk melihat ahli perubatan Islam menangkap makhluk berkenaan, datang pula penduduk kampung lain ke kampung ini dari jam 1 hingga 5 pagi.
“Penduduk jadi rimas, nak tidur susah, apa lagi bimbang berlaku perkara tidak diingini dengan kehadiran orang luar,” katanya.
Menurutnya, kedatangan orang ramai yang mahu mencuba nasib mengambil gambar hantu itu agak melampau kerana mereka tidak hanya mengambil gambar di sekitar pokok yang dikatakan ada penampakan hantu, malah merayau jauh.
“Makhluk begini ada di mana-mana, di lebuh raya lagi banyak, pergilah ke lebuh raya ambil gambar. Kasihan orang kampung yang nak bangun awal pagi untuk bekerja mencari rezeki,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Fatimah Aman, 64, berkata, hantu yang mengganggu penduduk sudah ditangkap, namun tuan punya hantu belum ditangkap.
Bagaimanapun, difahamkan beberapa penduduk sekitar kampung itu mengakui kehilangan wang, namun tidak melaporkannya kepada polis kerana wang dalam jumlah yang kecil.
Ada pula yang mendakwa, pemilik hantu mengetuk pintu rumah penduduk kemudian bersembunyi dan apabila pintu rumah dibuka, toyol memasuki rumah berkenaan dan mencuri wang.
Beberapa stesen televisyen dilaporkan melakukan tinjauan selepas tertarik dengan berita kemunculan hantu pocong, puntianak dan toyol di Kampung Lapan.
Kru televisyen bagi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dari TV3 dan Nasi Lemak Kopi O dari TV9 dilihat sedang menemu bual penduduk.

No comments: