Header Ads

Wanita kurus habiskan burger gergasi seberat 3.2kg

Wanita kurus habiskan burger gergasi seberat 3.2kg

SINGAPURA –Seorang wanita kurus yang berusia 28 tahun di sini berjaya menghabiskan sebiji burger gergasi seberat 3.2 kilogram (kg) hanya dalam tempoh satu jam baru-baru ini.
Thomasina 0w yang merupakan seorang pramugari dengan ketinggian 1.68 meter dan mempunyai berat badan 50kg menyertai Cabaran Burger Gergasi itu di sebuah restoran di Singapura.
Walaupun bertubuh langsing, namun Thomasina dilihat mempunyai selera makan yang besar.
“Saya tidak suka melakukan senaman sebaliknya saya hanya ‘bersenam’ dengan berjalan di dalam pesawat apabila merantau ke luar negara.
“Hakikatnya, ramai pihak mendakwa saya mengalami masalah gangguan makanan kerana mempunyai selera makan tinggi namun berat badan tidak bertambah,” katanya.
Dalam pertandingan tersebut, dia merupakan satu-satunya individu yang berjaya menghabiskan burger gergasi itu. – Agensi

No comments:

Powered by Blogger.